Policy
Polisi ini menerangkan bagaimana Saixnet mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat customer berkaitan order produk digital melalui Telegram dan panel pengurusan dalaman.
Kami boleh menyimpan Telegram ID, username, nama customer, sejarah order, topup wallet, receipt pembayaran, dan metadata sistem yang diperlukan untuk memproses pembelian.
Data digunakan untuk memproses order, menyemak pembayaran, menghantar produk digital, menambah wallet, menyokong audit sistem, dan mengelakkan penyalahgunaan platform.
Receipt pembayaran dan log aktiviti boleh disimpan untuk semakan admin, pengesahan transaksi, dan rujukan audit dalaman.
Data hanya digunakan untuk operasi sistem, termasuk integrasi payment gateway apabila diaktifkan. Kami tidak menjual data customer kepada pihak ketiga.
Kami berusaha melindungi data customer melalui kawalan akses admin, audit log, dan penyimpanan sistem yang terkawal. Walau bagaimanapun, tiada sistem atas talian yang boleh dijamin 100% bebas risiko.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan data, customer boleh menghubungi saluran Telegram rasmi Saixnet.