Policy

Terms of Service

Back to Landing Page

Terma ini terpakai kepada penggunaan servis Saixnet bagi pembelian produk digital melalui Telegram, wallet system, dan payment flow yang disediakan.

1. Jenis servis

Saixnet menyediakan produk digital berkaitan AI dan servis digital lain yang dihantar melalui sistem automatik atau semakan admin mengikut jenis pembelian.

2. Kaedah order

Order dibuat melalui Telegram bot rasmi. Customer bertanggungjawab memastikan maklumat, jumlah, dan produk yang dipilih adalah betul sebelum pembayaran dilakukan.

3. Kaedah pembayaran

Pembayaran boleh dilakukan melalui wallet customer atau flow QR/payment gateway yang disediakan oleh sistem. Buat masa ini, sesetengah flow masih menggunakan semakan manual receipt oleh admin.

4. Penghantaran produk digital

Selepas pembayaran berjaya disahkan, sistem akan menghantar detail produk digital mengikut flow semasa. Masa penghantaran mungkin berbeza bergantung kepada jenis pembayaran dan status semakan.

5. Polisi refund

Refund tidak dijamin secara automatik dan tertakluk kepada jenis kes, status penghantaran, dan semakan admin. Sebarang pertikaian akan disemak berdasarkan log sistem dan bukti transaksi.

6. Tanggungjawab customer

Customer bertanggungjawab menyimpan akses produk digital dengan selamat dan tidak menyalahgunakan servis yang dibeli. Penyalahgunaan boleh menyebabkan akses dibatalkan tanpa notis.

7. Perubahan terma

Saixnet berhak mengubah terma perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi menyesuaikan operasi, integrasi payment, dan keselamatan sistem.